Mengapa memilih buah zaitun untuk membuat sabun mandi?
Tuesday, 8 March 2022 2:31 PM
Bahan Terbaik
Pertanyaan mengapa memilih buah zaitun untuk membuat sabun mandi ianya seperti bertanya, mengapa memilih susu kambing biri-biri untuk membuat keju terbaik! Pelbagai jenis susu boleh digunakan untuk membuat keju tetapi hanya susu kambing biri-biri menjadi bahan terbaik.
Kualiti keju berbeza diantara satu sama lain, yang sangat baik, baik, kurang baik dan yang tidak boleh dimakan. Perbezaannya bergantung kepada baka kambing biri-biri, tempat ia diternak, teknik pembuatan keju dan persekitaran keju disimpan untuk matang.
Bagi sabun, keadaan ini sama juga. Semua jenis lemak haiwan atau sayur-sayuran yang dirawat dengan bahan alkali akan menjadi sabun. Tetapi lemak daripada minyak zaitun adalah lemak terbaik. Teknik pembuatan dan kaedah saponifikasi akan menentukan tahap kualiti lebih baik ataupun kurang baik. Sabun merupakan produk hidup seperti keju, terutamanya sabun yang diperbuat daripada minyak zaitun. Matang dan menjadi lebih baik dari masa ke semasa.
Persekitaran sabun disimpan untuk matang juga memainkan peranan penting bagi membantu proses semula jadi dan mengawal proses kimia. Tanpa melalui proses yang lengkap, ia hanyalah sabun biasa yang boleh membersihkan kotoran berminyak sahaja, tiada apa-apa lagi.
Cara Tradisi
Pada zaman dulu, hanya golongan atasan dan yang dianggap mulia sahaja menggunakan sabun jenis ini, manakala golongan lain hanya menggunakan sabun yang diperbuat dengan lemak haiwan atau kumbahan minyak kilang untuk kain dan dirinya.
Sejak zaman purba lagi, minyak zaitun telah dikenali dengan sifat-sifat yang berfaedah pada kulit dan juga mempunyai ciri-ciri nutrisi yang luar biasa (paling mudah dicerna, anti-kolesterol, tahap asap tinggi dan lain-lain). Selain asid lemak, terdapat beberapa bahan dalam minyak zaitun seperti steroid, vitamin dan lain-lain yang tidak disaponifikasi, maka ia akan kekal dalam sabun. Proses pemanasan dan memasak juga boleh merendahkan ataupun menghilangkan sebahagian daripada sifat bahan-bahan tersebut.
Orang Marseille terpaksa mengikut proses tegar yang ditetapkan oleh Raja Louis XIV untuk membuat sabun dengan pemanasan yang memakan masa lama. Terdapat bahan-bahan yang tidak disaponifikasi tetapi pasti kehilangan sifat-sifat aslinya. Tidak seperti sabun Marseille asal yang mempunyai ciri-ciri yang sangat baik dan sentiasa dianggap sebagai salah satu sabun yang terbaik untuk semua jenis kulit dan semua keperluan keluarga.
Di bengkel kraf, kami mengunakan sebahagian daripada teknik Marseille untuk mencapai proses istimewa bagi membuat sabun yang lebih baik daripada sabun Marseille kerana ianya mengekalkan sifat-sifat asli minyak zaitun.
Untuk Cuaca Tropika
Kami hanya mengunakan minyak zaitun perahan pertama. Ia dimasak dengan suhu yang rendah, supaya keaslian bahan-bahan aktif minyak zaitun tersebut tidak terhapus. Oleh itu, pemprosesannya memakan masa yang amat lama (3 ke 6 bulan untuk mendapatkan produk beku.) Soda juga dibuat kurang agresif dengan cara khas. Kemudian ia sentiasa dipantau dan diselia.
Sabun kami dibuat daripada bahan-bahan mentah yang dihasilkan daripada minyak zaitun, soda semulajadi dan resin mastik. Setiap sabun kami mengandungi lebih daripada 75% minyak zaitun. Bertambah dengan resin mastik, ia amat sesuai untuk cuaca tropika seperti Malaysia kerana boleh membersihkan liang kulit kita dengan sempurna.